Skrin iPad Retak? Terminal Tech Boleh Baiki.

image

Alhamdulillah, selamat dah terima kembali ipad2 yang telah dihantar kepada Terminal Tech untuk ditukar skrinnya yang retak. Ya betul aku hantar menggunakan poslaju sahaja kepada mereka. Segala urusan adalah melalui WhatsApp sahaja yang mana memudahkan pelanggan jauh seperti aku.

image

image

Hasil kerja mereka boleh tahan kemas juga. Kesan kemek pada penjuru ipad juga mereka baiki sebaiknya, memang tidak boleh sempurna tapi oklah.

Oh ya untuk skrin ipad2 ini mereka kenakan bayaran hanya RM280.00 sahaja tapi memandangkan aku berurusan dengan poslaju maka tambahan RM10.00 dikenakan untuk urusan penghantaran.

Terima kasih Terminal Tech kerana servis yang cepat dan yang penting ialah boleh dipercayai. Aku hanya buat pembayaran setelah mereka maklumkan melalui WhatsApp bahawa proses baik pulih sudah siap dan sedia untuk dikembalikan.

Pemilik produk jenama Apple jika ada masalah bolehlah hubungi mereka, lawati Facebook rasmi Terminal Tech untuk maklumat lanjut dan testimoni pelanggan mereka.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Nurul says:

    Ok, thanks for sharing. ingat kan tak boleh buat apa dah bila screen retak, pasrah ajelah. Rupanya boleh baiki. Jimat duit. Mujur.

  2. Dr Fattah says:

    bagus sebab mereka boleh uruskan guna poslaju.

  3. titan says:

    berapa hari servis dia tu wehh??

    • Ejam Othman says:

      kejap jer, kalau tak silap dalam 24/25 Ogos aku poskan pada mereka, 01 September mereka dah suruh buat payment sebab baik pulih dah siap. 03 September selamat sampai semula di tempat kerja barang yang dinantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.