Kedai Nasi Lemak Tempurung – Mee Kari Sedap Punya.

image

Minggu lepas kami sekeluarga berkesempatan mencuba menu di Kedai Nasi Lemak Tempurung Mentakab. Antara menunya ialah Mee Kari, Bihun Sup dan Nasi Lemak semuanya bungkus makan di rumah sebab dah senja.

image

Mee Kari 2 bungkus untuk kami berdua, memang kena pada selera yang mana cukup rasa dan rupa pada kuahnya. Rasa tak cukup pula sebungkus bila dah makan.

image

Anak-anak makan nasi lemak sahaja dan bihun sup tu aku bawa untuk sarapan keesokan harinya. Siap sahaja panaskan semula supnya dapatlah rasa betapa sedapnya sup dari Kedai Nasi Lemak Tempurung itu.

InsyaAllah jika ada ruang waktu nak cuba menu lain pula. Terima kasih pada tokey kedai yang berniaga dengan sepenuh jiwa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Ikhwan says:

    2 produk tu boleh jadi unique selling point kat kedai dia 🙂

  2. titan says:

    nasi lemak tu dia isi dalam tempurung ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *