Bateri Sun Global Untuk Samsung Galaxy S5 Duos.

image

Sudah menghampiri 2 tahun jika tidak silap aku pakai smartphone Samsung Galaxy S5 Duos ini. Beli online sahaja di Lelong.my sebab kebetulan model versi 2 simkad ada dijual sedangkan pasaran Malaysia waktu itu hanya versi 1 simkad sahaja. Memandangkan jumlah sambungan pengecas semula sudah mencapai 1214 maka aku merasakan jangka hayat bateri pun semakin cepat kehilangan kuasa.

image

Bila buat beberapa pencarian info aku menjumpai bateri dari jenama Sun Global yang sesuai untuk Samsung Galaxy S5 yang mana kapasitinya adalah 3000mAh berbanding bateri asal hanya 2800mAh sahaja. Di situ sudah nampak ada kelebihan dari kapasiti bateri.

image

Harga pula bila tengok bateri sama jenis di Lazada menghampiri RM100 sedangkan di Lelong.my bawah RM80.00 dengan penghantaran percuma lagi. Buat pembelian kelmarin dan pagi tadi sampai dah di tangan bateri pengganti ini.

Kapasiti dan kualiti perlu diuji terlebih dahulu dengan penggunaan terus. Kita tengok sejauh mana hebatnya jenama bateri Sun Global ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    wahh..

    kiranya murah gila gak nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.