Desa Murni Batik Pilihan Baju Batik Rasmi.

image

Tahun 2016 bakal menjelma, imej baju batik rasmi juga akan ditukar selepas 2 tahun tidak bertukar. Batik Desa Murni menjadi pilihan, kelas kau jenama popular bukan sebarangan. Aura Terengganu mengiringi kami 2016 nanti.

image

Tema warna biru muda pula tahun depan, ada warna pink lagi barulah nampak muda. Jenis kain cantik dan lembut sahaja cuma agak jarang bila diletak atas badan. Kena beli baju pagoda nampaknya khas untuk dipakai sama setiap Khamis, kalau pakai singlet nampak seksi seksa pula risau ada yang tergoda…hehe.

Kain batik dah mahal nak tempah nanti fikir juga kos nak menempahnya. Pernah tempah di Melaka harga lebih murah dari tukang jahit di sini yang mencecah RM60 sehelai baju batik.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Sync says:

    boleh pakai masa hari khas kerja kerajaan 🙂

  2. Mus says:

    saya agak jarang pakai baju batik sejak selalu outstation..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.