Kambing Makan Mee?

image

Dah 2 hari nampaknya setiap petang lepas ambil hero-hero Papa ni dapat pergi taman permainan untuk keluarkan peluh. Papa kau pun tumpang sekaki, nak joging dengan 2 hero ni silap hari bulan masuk tasik…hehe. Eh lupa pula nak cerita pasal tajuk yang pelik tu.

image

Ayat kambing makan mee tu Aqil yang sebut bila naik mainan bentuk macam kuda ada spring tu. Entah dari mana punca kambing makan mee aku pun tak tahu, adakah pengaruh kartun? Jangan risau setiap kali dia sebut tu aku akan betulkan kambing makan rumput.

image

Petang semalam waktu Aqil sebut ayat tu kebetulan ada seorang akak dan anaknya sedang bermain di sebelah kami dan apa lagi senyum geli hatilah akak tu dengar ayat pelik Aqil…hehe.

Main tak lama pun setiap petang adalah dalam 45 minit sementara tunggu Mamanya sampai. Bila dah main nak ajak balik agak payah tapi ada caranya untuk pujuk Aqil dengan bisik di telinga dia InsyaAllah jadi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *