Mainan IKEA dan Meja Merah.

image

Pada hari Sabtu yang lepas sebelum pulang ke Mentakab setelah bermalam di ibis Styles Hotels Cheras kami singgah ke tarikan terbaru iaitu IKEA Cheras. Macamlah tak pernah pergi IKEA Damansara yang mana dah tentunya jual benda yang sama tapi itulah sikap manusia nak juga pergi tengok apa lebihnya. Dari segi rekabentuk dan susun atur bolehlah dilihat kelainannya.

image

Berbalik pada cerita asal, kami jalan-jalan cuci mata dan puaskan hati menanam impian yang menggunung nak buat itu nak beli ini. Lepas kenyang mata kami isi perut dengan menu popular IKEA.

image

Belinya 2 benda sahaja iaitu kereta mainan untuk Haq dan Aqil serta set meja merah itu. Sekurang-kurangnya anak-anak gembira dapat berjalan sebelum pulang ke kepompong. Dah jadi kebiasaan macam di IKEA Damansara waktu buat pembayaran di kaunter akan serahkan tiket parking kereta jadi kami buat perkara sama di Cheras tapi rupanya kena juga validate di mesin bayaran tempat letak kereta.

Bayangkan ketika hendak keluar kami sangkut di mesin berpalang. Malunya usah cerita tapi tebalkan muka sahaja sebab kereta panjang beratur di belakang. Nasib baik butang bantuan berfungsi dan ada staf datang bantu, kena bayar RM1 dulu sebagai caj parking sepatutnya kami bayar jika validate tiket parking di mesin.

image

Dah selamat keluar parking sangkut dalam jem pula sebab jalan keluar agak huru hara lagi simpangnya dengan proses pembinaan. Bantuan Waze membawa kami ke Tesco Ampang jika tidak silap untuk menemukan kami dengan jalan utama ke Tol Gombak.

Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan, memandu perlahan sahaja hingga sampai ke rumah. Ketika melalui lebuhraya Karak Bentong terbayang-bayang kawasan tumpahan minyak yang sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab. Semoga tiadalah terjadi perkara buruk kepada kami dan orang lain lagi. Tindakan keras perlu diambil dan pesalah dihukum setimpal.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Sync says:

    mainan kereta kayu lagi tahan lama dan tahan lasak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *