Pengilap Lampu Depan Jenama Perodua.

image

Perodua Headlamp Cleaner botol comel ini dicadangkan oleh wakil di pusat servis Perodua Mentakab ketika aku singgah untuk beli klip bumper depan yang dah hilang. Dia maklumkan memang boleh hilangkan kesan kekuningan lampu depan di kereta Alza aku. Secara berseloroh aku minta jaminan kalau tidak jadi memang aku pulangkan semula botol ini dan nak duit semula…hehe.

image

image

Tengok perbezaan lampu sebelah kanan dan kiri jelas kelihatan yang kanan dah kembali kilat serta hilang sudah kesan kuningnya. Permukaan lampu juga kembali licin bukan seperti baru, yeler mana mungkin jadi baru semula sebab calar halus akibat batu-batu kecil adalah mustahil untuk hilang.

image

Perodua jual pada harga RM10.60 termasuk GST untuk 10ml pembersih dan pengilat lampu hadapan kereta ini. Aku rasa berbaloi dah harga dan hasilnya. Ketahanan kilat tidak dapat dipastikan lagi tunggu beberapa minggu atau bulan baru aku ceritakan semula.

Sebelum ini aku guna ubat gigi untuk hilangkan kesan kuning, dapatlah jimat ubat gigi lepas ini tak payah membazir untuk kilatkan lampu kereta.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. titan says:

    boleh cuba gak.

    sebab lampu kete bini aku pun macam malap semacam aje.

  2. Sync says:

    banyak guna produk jenama tempatan, lagi murah 🙂

  3. Fuzah says:

    Kt mana boleh saya beli produk nie..

    • Ejam Othman says:

      rasanya di semua pusat servis perodua ada dijual sebab tengok dari botolnya memang produk keluaran perodua sendiri.
      saya beli di pusat servis perodua terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *