Tersuka Tanpa Sengaja Dengan PETRON.

image

Minyak kereta pilihan terbaru kami ialah PETRON apabila tanpa sengaja terisi dan nampak penjimatan sebab dapat lebih kilometer. Cubaan pertama pada Axia yang ketika itu kami nak balik Melaka dan nampak jimat bila pergi dan balik hanya sekali sahaja isi minyak RM50.00 itu pun berbaki lagi dalam tangki minyak.

Selepas dari itu cuba pada Alza pula dan nampak perkara sama. Bila ujian dah terbukti terus buat kad Miles untuk kumpul mata bonus nanti boleh tuntut hadiah…hehe.

Sebelum ini guna Petronas rasa banyak angin dari minyak dan BHPetrol ok juga menghampiri prestasi PETRON. Tapi bila Axia yang selama ini 5 kali perjalanan 60km sehala baru kena isi semula minyak berjaya diatasi oleh 6 kali perjalanan sama dengan PETRON maka terus jatuh cinta dan percaya pada lebih kilometer yang diperolehi.

Kita disuruh ubah cara hidup maka kita sendirilah kena buat ujian itu dan ini dalam menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan kita.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

11 Responses

  1. Mus says:

    saya pun dah bertukar kepada PETRON.
    ada improvement prestasi kereta

  2. Lan Careno says:

    Haaa sama laa… dulu pakai petronas… dah setahun lbh bertukar kpd petron sbb rs lbh jimat dan point die byk…

    • Ejam Othman says:

      berkenaan point itu memang berbaloi kot kumpul memandangkan dah guna petron, dari dibiarkan begitu sahaja baik kumpul.
      petronas punya kad mesra lambat betul nak kumpul mata dan kadar pertukaran mata terkumpul dengan barangan juga agak tinggikan.

  3. Sani says:

    Saya memang pakai PETRON sebab dekat dengan rumah, Senang nak isi bila dengar berita minyak nak naik..

  4. Sync says:

    kad petron dah hilang, anak buat main.

  5. Nurul says:

    Saya rasa untung collect point Petron, sebab point tu ikut ringgit. Berbanding petronas, point ikut liter.

  6. Anarm says:

    Petron terbaik…

    • Ejam Othman says:

      tidak syak lagi.
      sejak kami terjebak guna petron untuk berpaling sangat susah melainkan terdesak ketika perjalanan jauh tak jumpa petron…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *