Berdua Menonton Dilwale.

image

Alhamdulillah sudah masuk tahun 2016 nampaknya. Hari pertama kerja di tahun baharu kami suami isteri bercuti sebab nak hantar Haq dan Aqil ke Taska. Pertama kali mereka di pusat asuhan kanak-kanak selepas hampir 4 tahun buat Haq dan 2 tahun buat Aqil berada di rumah keluarga pengasuh. Mereka agak rapat dengan nenek, atok dan beberapa ahli keluarganya.

Kami bercuti kerana risau anak-anak tidak serasi di tempat baru dan untuk mengisi masa kami ke panggung wayang GSC untuk beli tiket Dilwale, nasib baik masih banyak kosong sebab hari bekerjakan.

Jalan cerita filem ini ringan dan tidak membebankan kepala otak untuk berfikir banyak. Selingan lagu-lagunya juga sedap didengar macam biasa dalam sebuah filem hindi. Lagu Gerua adalah lagu berhantu dalam filem Dilwale ini. Jika berpeluang tontonlah kemunculan semula Kajol.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Sync says:

    belum ada peluang nak tonton 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *