Terpaksa Telan Ubat Sakit Otot.

image

Sejak hari Khamis lagi sebenarnya dah sakit otot betis kaki kanan sebab waktu bangun pagi kaki kejang tiba-tiba. Sudah agak lama sebenarnya tidak diserang kekejangan pada kaki. Bila pergi kerja banyak bergerak maka jadi semakin sakit namun begitu hari Jumaat menjadikan ianya lebih sakit lagi.

Pada hari Jumaat itu aku dan kawan-kawan sepasukan terlibat dengan persediaan jamuan untuk guru-guru dan tetamu kehormat sempena acara Merentas Desa peringkat sekolah. Agak kelam-kabut juga perjalanan jamuan hari itu sebab ada penambahan hidangan di saat akhir, nasib baik ada lauk lebih.

Banyak bergerak dan berdiri menjadikan betis tersebut semakin rancak sakitnya. Malam semalam sebelum tidur terpaksa telan 2 biji ubat sakit otot ini dengan harapan bangun pagi hilanglah denyutan itu. Alhamdulillah kurang dah rasa sakit.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.