Yoyo Car Hadiah Untuk Haq.

image

Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran Haq semalam kami hadiahkan Yoyo Car buat dia, tapi macam biasa mana boleh beli sebuah kenalah beli dua buah mainan sama. Pada mulanya nak cari sejenis skuter yang tolak pakai kaki dan bertiang pada pemegangnya tapi bila difikirkan tahap keselamatan yang kurang maka pilihlah Yoyo Car yang lebih stabil ketika digunakan.

image

Pusat rujukan harga ialah Lelong.my dan bila dah jumpa kebetulan penjualnya juga ada laman web ecommerce sendiri maka telefon dulu untuk tanya stok. Bila dimaklumkan stok sedia ada maka terus buat pembelian di Kids.my yang mana penghantaran diberikan percuma, jimat dah di situ.

image

Semalam pihak kurier telefon sebelum buat penghantaran, memandangkan tiada di rumah semalam sebab bawa anak-anak ke klinik maka minta mereka hantarkan ke tempat kerja. Terima kasih pihak kurier bagi kerjasama baik.

Mainan diterima dengan selamat dan kualiti terbaik pada harga mampu milik. Merah untuk Haq dan biru untuk Aqil. Nampak semalam Haq dah mahir menggunakan Yoyo Car ini, Aqil kena bagi latih tubi lanjutan biar dia mahir cepat sikit.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Kaycee says:

    Your story was really inmfvoatire, thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *