Berbaju Melayu Siang Hari.

image

Ini gambar tidur petang semalam, keadaan di luar bukan main punyalah panas Haq boleh nak berbaju melayu di siang hari. Sekarang ini memang dua beradik itu suka sangat pakai “baju raya” katanya. Asal kering sahaja tak sempat lipat mereka dah cari dalam longgokan baju nak pakai baju melayu yang ada.

3 pasang baju melayu mereka dah jadi baju tidur lagipun baju yang mereka pakai itu pun dah kecil saiznya tak padan sangat dengan saiz mereka. Kalau mereka nampak baju melayu tapi tak bagi pakai maka mulalah drama air mata, meraung sekuat hati pakej sekali.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.