Kepak Ayam Bakar Downtown Melaka.

image

Alhamdulillah hari ini dapat peluang untuk tengok sendiri adik perempuanku dan suaminya berniaga kepak ayam bakar di Downtown Melaka. Walaupun mereka berniaga untuk malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad namun permintaan sentiasa melebihi bekalan.

image

image

Ini ikhtiar mereka dalam menjana pendapatan untuk keluarga mereka selepas pulang dari Selangor. Mungkin rezeki mereka tidak di sana dan telah tertulis untuk mereka merasainya di Melaka. Aku syukur kerana mereka tidak pernah mengalah dengan dugaan hidup.

image

Oh ya kepada orang Melaka jika teringin nak makan kepak ayam bakar silalah ke Downtown Melaka. Harga seketul RM2 sahaja pasti puashati dengan rasa dan kualitinya, InsyaAllah.

Semoga adik aku dan keluarganya terus sukses dalam bisnes yang dijalankan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *