Lokasi Tidak Penting Janji Makan Habis.

image

Tepat sangkaan aku yang Aqil tanya mee goreng bila ambil dua beradik ni dari taska. Nasib baik sempat masak sebelum keluar ambil mereka. Bila masak begitu kenalah buat 2 kuali untuk versi pedas dan versi tak pedas langsung.

image

Untuk Aqil makan beralaskan lantai rumah adalah susah nak menyuap makanan akibat halangan perut buncitnya dan bila meja makan kena makan berdiri atas kerusi pula syukurlah ada rak tv yang sedang elok untuk jadi meja makan dia.

image

Makan mee goreng minum air ribena kemudian dia memerut, itulah rutin harian lepas balik dari taska. Selang beberapa minit lepas makan nak minum susu dah, kuat betul selera anak-anak ini. Bab susu biasanya kena kawal sebab kalau makan banyak terus nak minum susu kesudahannya ialah keluar balik semua.

Esok nak masak apa pula? Bila masak nasi nak mee tapi mana boleh makan mee setiap hari wahai anak-anak Papa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Hawa says:

    Dahsyatnya lokasi makan tu..jangan goyang sudahlah. Risau mak cik tengok siap lambai tangan lagi..Pastikan sentiasa diawasi untuk elakkan sebarang masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *