Perbaharui SSM Setahun Lagi.

image

Memandangkan minggu hadapan hendak bercuti dengan tenang maka hari ini mencari ruang untuk perbaharui daftar niaga SSM bagi setahun lagi tempoh sah. Nasib baik sampai awal jadi tempoh masa menunggu tidak sampai 30 minit pun. SSM Temerloh memang cepat buat kerja, kaunter pertanyaan pun boleh menjawab soalan dan pertanyaan dengan baik.

image

Daftar perniagaan online adalah wajib maka aku buat penambahan pada jenis perniagaan dengan memasukkan kata kunci “perniagaan online“. Oleh kerana ada perubahan maka bayarlah tambahan RM30.60 termasuk GST demi masa depan yang gemilang dan mengelakkan diri dari didenda RM50,000.00 kerana menjalankan perniagaan tanpa berdaftar dengan SSM.

Sekarang kami fokus kepada Shaklee dan Lindskin Serum pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Anarm says:

    Semoga MHNO Resorces terus sukses.. Nanti boleh register Sdn Bhd pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *