Aqil Demam Lagi.

image

Minggu ini Aqil demam lagi bermula hari Ahad lepas selepas balik dari majlis doa selamat dan makan-makan di rumah jiran setaman. Tiba-tiba sahaja badannya panas dari tengah malam hinggalah awal pagi sampaikan tidak boleh tidur kami dibuatnya.

Hari Isnin malam pergi Klinik Zul bawa Aqil untuk pemeriksaan dan ubat. Kali ini nampaknya kurang berkesan ubat yang diberi sebab hingga hari Selasa dia masih demam tapi panas badan waktu malam sahaja. Isnin dan Selasa Papa ambil cuti dan hari ini mula kerja semula tapi taska telefon Aqil panas badan pagi tadi. Bergegas ambil dan bawa ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan, siap ambil darah bagai dan Alhamdulillah syukur tiada yang membimbangkan.

image

Mencari kelapa muda ikhtiar penawar untuk demam anak, semoga Allah berikan kesembuhan buat Aqil. Tengok stok kelapa muda kedai tu pun banyak juga, RM3 sebiji maka belilah 3 biji untuk simpan stok di rumah.

image

Aqil demam tapi abang Haq tumpang sekali minum air kelapa muda. Layankan saja janji anak-anak sihat. Papa dan Mama pun kena ambil langkah pencegahan agak kami menten sihat dalam cuaca panas melampau sekarang agar dapat jaga anak-anak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Fyda Noh says:

    Syafakillah Aqil.. mesti minum air byk2

  2. titan says:

    tu dia.

    siap minum air kelapa lagi tuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *