Bawa Haq dan Aqil Tengok Boboiboy The Movie.

Hari ini buat pertama kalinya bawa Haq dan Aqil tengok wayang. Pilih pula Boboiboy The Movie yang keluar tepat pada masanya untuk budak umur 3 dan 4 tahun itu masuk panggung wayang. Ini sebenarnya adalah cubaan berani mati kami untuk bawa mereka, tapi syukurlah berjalan lancar dan tiada tragedi tangisan tanpa henti.

image

Hari Jumaat yang lepas aku pergi beli tiket untuk 4 dewasa dan 3 kanak-kanak. Ada kawan sekerja dan anaknya turut serta menonton Boboiboy The Movie bersama.

image

image

Sejak dari jam 9 pagi lagi Haq dan Aqil bersemangat hendak bersiap nak keluar tengok Boboiboy katanya. Demi perjalanan aktiviti menonton wayang yang tiada gangguan keluar masuk maka terpaksa pakaikan Haq lampin pakai buang untuk sementara.

Jalan ceritanya menarik dan penuh dengan kejutan terbaru berkaitan kuasa Ochobot dan Boboiboy itu sendiri. Untuk lebih lanjut nanti aku kongsikan dari perspektif aku pula bagaimana kisah dan perjalanan filem tersebut.

image

Belum sampai ke rumah Haq dah lena, Aqil pula sebaik sahaja masuk ke rumah Mamanya baring dan tepuk-tepuk manja sikit terus lena. Punyalah seronok mereka tengok wayang sampaikan boleh merayau dalam gelap, barisan kerusi di belakang kami ada 3 kekosongan dan di situlah tujunya mereka. Bukan nak cakap anak kami sahaja tapi ramai budak-budak di dalam panggung yang sama seronok bermain dan merayau dari tengok filem.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Bahrain says:

    memang seronok la dorang tengok cerita ni. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *