Masalah Auto Lock Perodua Alza.

image

Sabtu lepas ketika sedang menikmati sarapan pagi di kedai berlaku kejadian yang tidak terduga iaitu kunci kereta Perodua Alza kami tertinggal di atas kerusi sebelah pemandu dan pintu pula terkunci akibat auto lock. Kisah disebaliknya panjang lagi tapi tak payahlah cerita.

Pagi ini aku ke Pusat Servis Perodua Mentakab untuk minta mereka periksa apakah punca auto lock tersebut. Memandangkan ini Alza versi lama maka memang ada perbezaan dengan versi terkini seperti mengunci pintu dengan hanya tekan brek yang mana versi terbaru telah dimansuhkan fungsi tersebut.

image

Apabila diperiksa mereka membuat diagnosis awal puncanya ialah suis pada pintu kereta yang mana versi lama mempunyai masalah pada jenis getah yang digunakan akan membuatkan suis tidak kembali kepada keadaan asal apabila pintu dibuka. Ini memberikan gambaran bahawa pintu masih tertutup bukannya terbuka maka sistem akan mengunci secara automatik.

image

image

Solusinya ialah tukar semua suis pintu yang ada kepada versi baru sama seperti Perodua Alza terkini gunakan. Sebiji RM10.70 tidak termasuk GST dan kos upah lagi. Tadi stok yang ada hanya 3 unit sahaja kena tunggu 1 lagi sampai untuk gantikan 1 lagi suis yang tak dapat ditukar.

Kenapa masalah ini pihak Perodua tidak panggil balik untuk tukar suis tersebut? Tidak bahaya kepada pengguna agaknya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. MyVi gua dah selalu kena.. cuma sekali je kes tertinggal kunci dalam kereta dan kereta terlock he…23x

  2. Ikhwan says:

    kereta saya kunci manual 🙂

  3. Zam says:

    Sama bro mcm myvi sy..autolock sendiri…penah anak tertinggalkat dlm..nasib baik dia terer boleh bukak sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *