SHOPBACK.my Memang Payback.

image

Kehadiran web Shopback.my dalam dunia beli-belah online memang sangat dinantikan. Mana tidaknya apa juga pembelian jika melalui laman web mereka akan memberikan pulangan tunai buat kita selaku pembeli dan pengguna. Walaupun tunai tapi tidaklah lepas membeli akan terus dibayar, ada tempoh dan waktu bertenangnya kerana mereka akan mendapatkan bayaran daripada pihak yang bekerjasama dengan mereka itu terlebih dahulu.

Boleh lihat paparan transaksi yang pihak Shopback.my bayar kepada aku untuk setiap pembelian yang pernah aku buat seperti melalui Lazada, Zalora dan Groupon.

ShopBack-05042016-01

Jumlah transaksi yang berjaya atau ditolak akan dipaparkan, jumlah Cashback juga dinyatakan secara jelas. Senarai ini akan menjadi Pending sehingga melepasi tempoh layak ditunaikan Redeemable.

ShopBack-05042016-02

ShopBack-05042016-03

Apabila kita memohon untuk pembayaran makan senarai semak akan dipaparkan untuk buat semakan terakhir sebelum pengesahan nombor akaun bank atau kaedah bayar balik yang kita pilih. Amat penting untuk kita memastikan segala maklumat akaun adalah betul jika tidak mahu kelewatan pembayaran. Jika tidak silap tiada nilai minimum untuk menuntuk bayaran dan mereka juga tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan untuk setiap transaksi pembayaran.

ShopBack-05042016-04

Tempoh 7 hingga 14 hari diperlukan untuk pembayaran balik selesai masuk ke akaun kita tapi aku punya agak cepat juga 05 April mohon dan malam 06 April dapat email bahawa pembayaran telah dibuat dan ternyata lepas cek akaun pagi tadi 07 April nampak angka yang dijanjikan. Syukurlah cepat juga kerja mereka.

ShopBack-05042016-05

Setelah sabar menunggu angka-angka yang boleh ditunaikan kini aku yakin sepenuhnya pihak Shopback.my memang bayar semula seperti yang dijanjikan.

Apa kata korang buka akaun dengan mereka terlebih dahulu sebelum buat pembelian di mana-mana rakan niaga yang menyertai mereka seperti Lazada. Log masuk akaun dan kemudian klik pautan Lazada untuk ke laman pembelian serta pastikan transaksi selesai hingga buat bayaran, selepas itu nantikan jejak pembelian anda di dalam akaun Shopback.my.

Daftarlah akaun Shopback.my sekarang untuk penjimatan dan pulangan tunai yang berbaloi-baloi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. titan says:

    wahh..

    rugi dah aku tak daftar.

    sekali leh dapat payback ehh

  2. reezluv says:

    affiliate eh..eh eh..ahaha..rajin shopping digalakkan le..:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *