Relevan Lagikah Salam Perantauan di Akhbar Tempatan?

image

Kelmarin ketika pergi pusat servis kereta ada disediakan surat khabar di atas meja dalam bilik menunggu. Selak punya selak terpandang ruangan Salam Perantauan, segmen lazim bila masuk Ramadhan yang mana tujuannya untuk perantau sampaikan salam rindu dan kemaafan dari kejauhan.

Aku tahu fungsi Salam Perantauan tapi dari segi logik zaman teknologi media sosial sekarang adakah ianya masih relevan? Kalau nak ucap selamat hari raya pada ahli keluarga group Whatsapp rasanya semua orang ada, Facebook usah ceritalah kalau Instagram dan Twitter tu mungkin tak ramai lagi guna.

2 muka surat untuk salam perantauan di akhbar besar juga belanjanya nak pula berwarna lagi. Boleh dah difikirkan untuk mansuhkan ruangan tersebut. Lagipun pembaca akhbar pun semakin berkurangan sebab akses online lebih mudah dan jimat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *