Codi Cafe – Kopi Pracampur Dengan Cordyceps.

Codi-cafe-01

Akhirnya aku merasa juga Codi Cafe yang selalu blogger terkenal Shakiddo selalu kongsikan di Facebook beliau. Rasa teringin tu dah lama ada cuma baru saja terbuka hati nak membeli. Bila dah dapat haruslah snap gambar dulu sebagai tanda bahagia…gitu. Codi Cafe ini kopi pracampuran yang ada kandungan Cordyceps di dalamnya.

Saiz 1 kotak ini ada 23 paket kecil yang mana kandungan bersih setiap paket adalah 20 gram.

Codi-cafe-02

Cubaan pertama aku bancuh 1 paket sahaja dan mengikut cadangan bancuhan bersama 150ml air panas. Bila dah bancuh pekat begitu memang terasa kualiti kopi yang sedap dan pekat. Bau kopinya juga harum.

Kali keduanya aku guna 2 paket pula dengan kuantiti air panas yang digandakan, bancuh guna mug besar sedikit.

Pada mulanya apa yang aku risaukan ialah rasa pahit dalam kopi, yeler ada campuran Cordyceps herba yang dikategorikan cendawan. Ternyata anggapan aku itu tidak benar kerana tiada rasa ataupun bau yang pelik-pelik muncul ketika menelan air kopi ini.

Ada kebaikan dalam pengambilan Codi Cafe ini seperti yang disenaraikan ialah:

  1. Rendah kalori, sesuai untuk pelansingan tubuh.
  2. Memperbaiki sistem pencernaan.
  3. Mengurangkan risiko nyanyuk atau strok.
  4. Mengurangkan risiko penyakit hati dan pembentukan batu hempedu.

Semoga ada manfaat kesihatan sepanjang pengambilan kopi ini, InsyaAllah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Packaging nampak menarik. Bau ada ala nescafe tak. Tengok buih banyak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *