Pengalaman Pertama Kali Menderma Darah.

Derma darah

Agak lambat juga sebenarnya kisah ini dicoretkan di blog tapi nak juga tulis sebagai kenang-kenangan. Pelbagai perkara datang tidak dijangka maka tergendala juga nak update kisah pertama kali menderma darah ini. Syukurlah segala yang terjadi dipermudahkan dan telah selesai dengan baiknya.

Kisah ini minggu lepas terjadinya apabila team tabung darah HOSHAS turun buat aktiviti di dewam sekolah ini maka aku dan seorang kawan lagi menawarkan diri untuk menderma darah. Kawan tu dah pernah derma darah tapi pada hari kejadian dia tidak layak derma darah kerana masih menyusukan anak kecil maka aku seorang sahajalah yang serah diri secara rela untuk derma darah. Pertama kali maka bermacam-macam perasaan pun ada tapi kentalkan diri sajalah mencuba perkara baru.

Pengalaman yang menarik.

Baring di kerusi yang disediakan untuk siap sedia proses darah disedut selepas urusan dokumentasi selesai sebelumnya. Aku ingatkan jururawat akan terus cucuk jarum besar yang sedut darah tu rupanya ada suntikan bius terlebih dahulu diberikan. Mencari salur darah bagi penderma pertama juga sesuatu yang sukar tapi syukur aku tidak hadapi masalah tersebut. Kesan dari suntikan bius digunakan sebagai laluan untuk jarum besar yang bawa darah keluar dari tubuh aku ini. Tidak terasa sangat jarum besar itu masuk…lega.

Terbaringlah di atas kerusi itu sehingga selesai segalanya. Beberapa minit diberikan untuk berehat seketika selepas proses derma darah agar tidak bangun secara mengejut yang akan menyebabkan pitam secara tiba-tiba. Pil tambah darah juga turut dibekalkan.

Buku merah rekod sejarah derma darah.

Aku ada tanya jururawat tersebut untuk derma darah seterusnya perlu tunggu 3 bulan sekurang-kurangnya untuk pastikan darah dalam tubuh sudah matang untuk didermakan. InsyaAllah akan menjadikan aktiviti derma darah sebagai rutin kerana usaha kecil ini jika dilakukan ramai mampu membantu mereka yang memerlukan saat bertarung nyawa.

Jom jadi penderma darah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Mus says:

    Saya tak pernah lagi derma darah.. mmg ada niat nak derma..

    • Ejam Othman says:

      sama ler atas niat nak derma tuler saya nekad pergi cuba derma dan akhirnya menjadi penderma juga.

      rasa takut juga pada mulanya tapi bila dah selesai…eh macam tujer ingatkan sakit sangat…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *