Perodua Bezza Aku Mampu Tengok Sahaja.

Perodua-bezza-gear-up

Pada hari Jumaat yang lepas aku dan beberapa orang kawan sekerja sempat pergi ke bilik pameran Perodua terdekat untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kereta sedan pertama Perodua Bezza. Kali ini Perodua datang dengan model kereta yang berbeza sekali, biasanya kereta mereka mesti versi “kontot” belakangnya tapi Perodua Bezza ada bonet di belakangnya atau dikelaskan sebagai sedan.

Gambar di atas adalah varian Advance 1.3 yang mana telah dilengkapi dengan aksesori Gear-Up yang mampu menambahkan kesan sporty kepada bentuk luaran Bezza.

Perodua-bezza-02

Ini merupakan varian Premium 1.3 di bawah varian Advance 1.3, Premium hanya membawakan sedikit perbezaan luaran tapi lebih berbeza pada dalaman. Aksesori Gear-Up bagi Perodua Bezza adalah sesuai dipasang pada semua varian tidak kira kapasiti enjin 1.0 mahupun 1.3.

Warna biru Perodua Bezza ini berlainan dari warna biru Myvi dan Alza kerana pada sudut tertentu kelihatan warna biru Bezza ada gabungan hijau di dalamnya.

Perodua-bezza-03

Varian 1.0 pula dari segi luaran hanya nampak perbezaan tiada lampu kabus di hadapan dan pemegang pintu mengikut warna kereta. Selebihnya adalah sama seperti varian Premium. Untuk varian Premium dan juga Standard G kemasan fabrik tempat duduknya adalah warna hitam gelap, aku rasa ini sudah cukup bagus berbanding pilihan fabrik cerah.

Perodua-bezza-01

Ada beberapa perkara berbangkit yang Perodua Bezza ada persamaan dengan Perodua Axia ialah tali pinggang keselamatan tidak boleh dilaras kedudukannya yang mana akan menggangu pengguna yang berbadan kecil kerana tersangkut pada leher pemandu. Roda Stereng juga tidak boleh dilaras kedudukannya ke atas mahupun ke bawah, agak penting juga sebenarnya pelarasan roda stereng ini.

Secara keseluruhan aku merasakan Perodua Bezza ini ada daya tarikan tersendiri seperti keluaran Perodua yang lain. Dalam bulan Ogos nanti Proton pula akan melancarkan 2 model gantian kereta sebelum ini yang mana aku rasanya boleh jadi pesaing hebat kepada jualan Bezza.

Aku tengok jer belum sempat cuba pandu, nak beli memang tidaklah kerana tiada keperluan lagi untuk tukar kenderaan (sebenarnya aku tunggu keluaran sebuah MPV yang tidak pasti bila agaknya).

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Sync says:

    Samalah, saya tunggu MPV yang berkenan di hati, untuk dibeli 🙂

  2. Hairul Azni says:

    Pelarasan pada tali pinggang keselamatan dan stereng tu bagi aku penting Ejam..
    Belum sempat lagi pergi tengok dekat Bezza ni.. teringin jugak nak pi tengok..

    • Ejam Othman says:

      betul tu ianya sangat penting sebab boleh jadi faktor tercekik batang leher bagi mereka yg bertubuh kecil ketika kemalangan kecil berlaku.

      aku tak pasti kenapa perkara ini dimansuhkan dalam 2 model terkini keluaran perodua iaitu axia dan bezza.

  3. Nurul says:

    maybe kedua-dua criteria itu boleh compensate bab jimat minyak. Apa yang selalu orang cakap, kereta perodua jimat minyak. wallahualam.
    (saya pun tengah tunggu mpv terbaru dari perodua 🙂 )

  4. reezluv says:

    memula memang rasa tergoda juga nak amek..sekali tengok Vios…aiseh..tunggu dulu le nampaknya..nak angkat Vios..eheehe

  5. zaidin mohd. says:

    Tempat duduk belakang.(penumpang)
    Terlalu tegak.sakit belakang klu perjalankan jarak jauh..tidak selesa(P.bezza).Perodua myvi harus dicontohi..( tmpt duduk belakng).terbaik.

    • Ejam Othman says:

      betul tu, dah cuba naik kereta bezza kawan dan duduk di belakang memang terasa posisi yang terlalu tegak…sakit pinggang kalau jalan jauh.

      nasib baik saya pakai alza seat belakang boleh laras lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *