Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga buat semua sanak saudara dan juga rakan serta kenalan. Tahun ini beraya di Kelantan, warna tema pula oren sebagai pilihan.

Sesi fotografi pagi ini tidak berjalan lancar kerana Haq dan Aqil tidak beri kerjasama baik nampaknya. Mana gambar yang ada digunakan sebaik mungkin sebagai kenang-kenangan di hari lebaran.

Agenda hari ini tidak pasti lagi kerana tiada sebarang perancangan nampaknya. Saat entri ini dikarang Aqil baru sahaja lena, aku pun rasa mengantuk juga macam nak join tidur sama dengan Aqil…hehe.

Kepada semua andai jalan beraya sila berhati-hati dalam pemanduan, ingatlah kita beraya untuk bergembira bukannya bersedih berduka. 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.