Promosi Merdeka iFlix – Jimat Banyak Langganan Setahun.

IFLIX-PROMO-MERDEKA-2016

Semalam dapat email promosi dari iFlix ini sempena Merdeka katanya, potongan 60% untuk langganan setahun yang mana pada harga biasa ialah RM96.00. Selepas tolak diskaun 60% apa yang perlu dibayar hanyalah RM48.00 sahaja. Sebelum ini aku pernah melanggan iFlix tapi disebabkan masalah internet 1mbps tidak mampu menonton dengan lancar maka aku hentikan langganan. Mereka juga menyatakan keupayaan internet sekurang-kurangnya 4mbps sahaja yang mampu memberikan kepuasan sebenar ketika menonton.

Memandangkan harga promosi ini murah aku langgan juga walaupun masih guna internet 1mbps, layan di smartphone sahajalah kalau nak tengok dengan lancar kerana tontonan melalui PC atau Laptop menggunakan internet 1mbps tidak begitu lancar.

Cepat dapatkan harga diskaun ini kerana ianya terhad dari 28 Ogos 2016 sehingga 3 September 2016 sahaja.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *