Aktifkan Kad ATM Maybank Yang Baharu.

Akhirnya barulah berjaya aktifkan kad ATM Maybank yang baharu ditukar ini. Kad ini dah dapat awal Ogos lagi tapi disebabkan pengaktifan tidak boleh dilakukan samaada di ATM, Maybank2U mahupun di cawangan Maybank maka aku peramkan sahaja kad tersebut di dalam sampul.

Baru tadi terdetik hati nak aktifkan maka ikutlah prosedur yang disertakan dalam sampul yang dikirim pihak Maybank. Berjaya dan lancar sekali semuanya.

aktifkan-kad-atm-maybank (1)

Log masuk akaun Maybank2u anda dan terus ke bahagian Card Management di bahagian bawah sekali dalam banyak-banyak pilihan di halaman utama akaun anda.

aktifkan-kad-atm-maybank (2)

Seterusnya pergi ke bahagian ATM/Debit Card pula.

aktifkan-kad-atm-maybank (3)

Pada paparan ini akan disenaraikan kad baharu yang akan menggantikan kad lama, boleh semak 4 nombor akhir kad samaada serupa atau tidak seperti yang anda miliki. Lepas tu klik butang Activate Now itu.

aktifkan-kad-atm-maybank (4)

Pengesahan 8 nombor akhir kad ATM baharu diperlukan, maka masukkan di ruangan tersebut. Jangan lupa request TAC juga sebelum tekan butang Confirm.

aktifkan-kad-atm-maybank (5)

Pengaktifan telah berjaya dan akhirnya kad ATM yang baharu sudah boleh digunakan bagi menggantikan yang lama. Nombor Pin yang selalu digunakan untuk urusan ATM masih boleh digunakan untuk kad yang baharu ini.

Jika anda masih belum tukar kad ATM Maybank bolehlah berbuat demikian di Maybank2u ataupun ke cawangan-cawangan mereka yang berdekatan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Thanks for sharing admin. Baru teringat nak tukar, sebelum ni nak tukar tapi bertangguh sebab x sempat nak ke bank. InshaAllah perkongsian yang bermanfaat dan boleh tukar hanya menggunakan Maybank 2u.

  2. Anarm says:

    Belom tukar lagi kad maybank baru.

  3. UPU says:

    Terima kasih admin sedia berkongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *