Kejutan Hari Jadi Dari Isteri.

Agak lewat kemaskini cerita ini tapi tetap nak ceritakan juga sebagai kenang-kenangan. Pada 11 September yang lepas genaplah umurku 34 tahun. Tarikh dan hari tersebut pula kami sekeluarga di Melaka rumah abah, rasa ada sedikit kelainan sambut ulangtahun kelahiran di rumah abah tempat membesar bersama adik-beradik yang lain. Oh ya esoknya adalah Hari Raya Aidiladha pula.

Tidak disangka-sangka sebenarnya bakal ada kejutan ini kerana tiada langsung bau-bau yang pelik akan agenda tersembunyi ini. Nak tahu bagaimana isteriku rancang agar waktu menerimanya boleh ambil gambar menarik. Seperti biasa kalau balik kampung mesti aku akan lewat mandi pagi, bukan aku sahaja tapi kami termasuklah anak-anak sekali tapi nak dijadikan cerita isteriku bukan main “memaksa” anak-anak dan papanya ni mandi katanya nak pergi pantai. Eh apahal pula nak pergi pantai pagi hari sedangkan tak bincang apa-apa pun, rupa-rupanya bila dah siap-siap barulah penghantar kejutan memunculkan diri di depan pagar rumah abah. Tertanjat boboi tau.

Menjadi betul perancangan isteriku kali ini, tidak sangka dapat sejambak bunga dan coklat serta sekotak kek di hari jadi ke-34 ini. I sayang u lebihlah….gitu.

Sebelum penghantar kejutan balik beliau ambil gambar pelanggannya ini dulu untuk dijadikan testimoni “kejutan” yang berjaya dibuat. Terima kasih pada isteriku Norsaritanaini, anak-anak dan ahli keluarga yang sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran aku walaupun tidak seberapa adanya. Pada sebelah malamnya sempatlah main bakar-bakar ayam dan kambing. Lepas dapat kejutan terus keluarga pergi Mydin MITC untuk beli barang untuk buat BBQ sebelah malamnya iaitu malam raya haji.

Potong kek pada malam hari barulah seronok semua adik-beradik dah sampai rumah abah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anarm says:

    Bestnya dapat coklat banyak, dapat kek..

  2. titan says:

    tu dia.

    meriah birthday bini ehh.

  3. Semak saman says:

    Bestnya dpt kejutan harijadi.

  4. Alhamdulillah, semoga bisa selalu bahagian dan terpenting adalah mawadah dan warohmah

  5. Farah Alina says:

    Oh My… Sweeetooooo nyeee.. Boleh plan untuk my hubby gak nih.. Ngeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.