Beli Chromecast Untuk Layan Iflix.

Akhirnya setelah habis mengkaji dan membajet mengikut harga yang mampu dibeli maka telah sebulat suara membuat keputusan untuk miliki Google Chromecast versi terbaru ini hanya kerana untuk mudah menonton iFlix dan Youtube di televisyen. Memandangkan kotak-langit sekarang tengah bermasalah maka kenalah cari alternatif lain yang mampu memecah kesunyian malam dan siang di rumah ini. Sudahnya berebut juga nak tengok cerita kartun dan cerita yang selain dari kartun.

Aku buat keputusan agak lewat juga iaitu hari Khamis pagi buat pembelian di Lazada Malaysia dengan harapan tinggi menggunung boleh dapat sebelum balik kerja hari Jumaat, syukurlah pagi Jumaat barang dah disampaikan oleh GDex dengan baik sekali. Hujung minggu adalah masa untuk menggodek-godek benda bulat dan comel ini.

Dalam Lazada tiada ruang untuk pilih warna memandangkan Chromecast versi terbaru ini ada 3 warna semuanya aku risau dapat warna kuning jer. Nasib baik sampai warna hitam berkilat ini, lega rasa hati. Pada harga RM199.00 dengan penghantaran percuma dan dibeli pula menggunakan akaun ShopBack aku maka dapatlah pulangan semula 2% dari harga keseluruhan pembelian.

Kotak yang comel ini cukup padat untuk memuatkan segala yang perlu sahaja iaitu seketul Chromecast hitam dan kabel kuasa usb bersama plug tiga pin. Penggunaan plug 3 pin adalah jika perlu sahaja kerana dengan kabel usb yang dihubungkan ke port usb belakang tv sudah boleh menghidupkan Chromecast tersebut yang dihubungkan pada port HDMI juga.

Pemasangannya mudah dan ringkas tapi perlulah fahami konsep yang cuba digunakan agar boleh digunakan pada peranti yang lain juga. Aplikasi Google Home diperlukan untuk langkah seterusnya dan membolehkan fungsi Chromecast teraktif pada peranti yang ingin dijadikan unit kawalan jauh. Memandangkan aku hanya ada peranti berteraskan Android maka hanya itu sahajalah yang mampu diujipakai.

Apa yang menarik pada Chromecast ini ialah apabila kita telah menala rancangan ke tv kita boleh gunakan smartphone kita seperti biasa, kalau perlu restart semula peranti pun tidak menjadi masalah pada paparan di tv ketika itu.

Oh ya aku hanya ada internet YES Zoom FIZ dengan kelajuan 1Mbps sahaja (nasib baik unlimited) dan syukurlah boleh menonton dengan lancar sekali. Semoga kekal begini hendaknya kestabilan ketika menonton. Cubaan menala rancangan di iFlix dan Youtube dari smartphone nampaknya mudah dan berjaya difahami dengan mudah. Nanti nak selongkar lagi apa yang boleh dibuat dengan peranti dari Google ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. faridmokhtar says:

    Apa beza chromecast ni dengan Android Box ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *