Hanya Kerana Ada Anak Anjing Berkeliaran Di Taman Perumahan.

Sudah hampir sebulan juga rasanya kelibat 2 ekor anak anjing putih kelihatan berkeliaran tanpa rasa bersalah keluar masuk kawasan berpagar penduduk taman perumahan ini yang terdiri daripada Melayu Islam. Apabila tengok ada jiran terdekat pasang jaring seperti ini di pagar depan rumahnya kami pun ambil keputusan untuk buat perkara sama.

Semalam lepas waktu kerja aku terus ke kedai hardware yang aku yakin ada jual jaring plastik tersebut. Ternyata benar memang ada dijual, terdapat 2 pilihan warna hijau dan hitam maka sudah pastilah hitam jadi pilihan untuk tidak kelihatan pelik bila dibuat “dekorasi” di pagar rumah. 

Semeter dijual pada harga RM9.00 sahaja, aku beli 3 meter. Sebelum balik rumah singgah kedai dua ringgit dua belas sen untuk beli pengikat kabel.

Apabila kerja-kerja pemasangan dibuat pagi ini didapati 3 meter tidak cukup untuk menutup keseluruhan ruang yang boleh diceroboh anjing-anjing tersebut. Kena keluar semulalah nampaknya kejap lagi beli lagi sikit mengikut ukuran yang perlu, setengah meter sahaja lagi rasanya.

Semoga lepas ini tidak kelihatan lagi si penceroboh itu lalu lalang di halaman rumah. 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *