Juara Tiup Belon Sampai Pecah.

Pada hari Sabtu yang lepas bertempat di satu lokasi rahsia di Janda Baik telah berlangsung acara hari bersama keluarga masing-masing yang dianjurkan oleh tempat bekerja Mama Haq dan Aqil. Demi menunjukkan rasa sokongan dan betapa sportingnya kami sekeluarga maka ter-join-lah juga hari bersama keluarga masing-masing ini. Seawal pagi lepas ayam bangun tidur lagi kami telah bersiap-siap dan bergerak menuju lokasi berkumpul seperti yang telah dirancang. Waktu berkumpul jam 8.30 pagi, kami dapat sampai ke lokasi tersebut 5 minit lewat dari waktu itu akibat terpaksa berhenti seketika untuk ke tanda. Ingatkan dah lambat rupanya benarlah kata-kata pujangga tentang “Janji Melayu”, hanya 2 keluarga sahaja termasuk kami yang dah sampai ke lokasi.

Rancangnya lepas berkumpul masing-masing bersarapanlah di kedai makan itu dan akan mulakan perjalanan ke lokasi jam 9 pagi tapi dah dekat jam 10 pagi baru boleh mulakan perjalanan ke lokasi. Sesat dan silap tempat pula beberapa kali sepanjang perjalanan menuju ke lokasi tersebut, cubaan betullah pagi itu. Demi janji nak mandi sungai pada anak-anak maka ukirkan juga senyuman palsu sebaik sahaja sampai ke tapak aktiviti.

Acara permainan untuk anak-anak dimulakan dengan aktiviti tiup hingga meletup belon.

Abang Haq dan Aqil turut sama dalam acara ini, memandangkan mereka memang suka sangat dengan belon maka tidaklah takut bila belon meletup.

Apa yang tidak disangkakan ialah Aqil menjadi juara untuk acara tiup belon sampai pecah ini, pada permulaannya agak lambat juga nak besar belon dia tapi akhirnya terlebih besar dan meletop. Hebat juga Daris Aqil ini. Seronok dia dapat pecahkan belon mengalahkan pesaing yang lebih besar darinya.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *