Lampin Bayi Pakai Buang Ekonomi Kedai Rakyat 1 Malaysia. 

Pertama kali cubaan beli dan pakaikan anak dengan Lampin Bayi Pakai Buang Kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Harga sebungkus lampin ini kalau tak silap aku RM25 lebih, lupa pula berapa sennya. Sebenarnya teragak nak cuba lampin ini pada anak bila stok lampin pakai buang dah habis di rumah, nak beli jenama Diapex pada hari selain hari minggu memang mahal sikit di sebuah pasaraya yang selalu kami pergi.

Bungkusan menarik, kuantiti dalam setiap bungkusan juga hampir sama dan ada juga yang lebih banyak dari jenama lampin yang lain termasuklah Diapex yang selalu dipakai anak-anak. Kuantiti sahaja yang banyak tapi KUALITI TERUK sangat sesuai dengan status “ekonomi” yang disampaikan.

Di lapisan dalam nampak macam selesa dipakai cuma bahagian pad yang menakung cecair agak nipis dan keras materialnya. Aku tidak pasti apakah yang digunakan untuk menyerap cecair sebab bila lampin penuh habis semua lapisan tadi melorot turun dan berkumpul di tengah.

Lapisan luar yang “ekonomi” memang jelas sekali dengan tiada cetakan yang menarik, hanya lapisan plastik putih dan juga jaluran berwarna sikit di hadapan. Lapisan plastik putih luaran lampin ini akan menampakkan kulit pada bahagian alat sulit depan dan belakang apabila lampin sudah mulai penuh (lapisan pad melorot jatuh ke tengah berkumpul).

Sekarang baki lampin ini hanya digunakan pada waktu yang telah dijangka Aqil akan buang air besar sahaja agar lampin “mahal” Diapex tidak terbazir sangat. Ya zaman patut berjimat-cermat dan bijak berbelanja, namun begitu lampin jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia ini TIDAKLAH DISARANKAN untuk kegunaan anak.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.