Musnahnya Taman Herba Hanya Kerana Kau.

wp-1480402206209.jpg

Minggu pertama cuti sekolah telah bermula maka bermulalah juga jadual kerja mengikut agenda yang telah dirancang sebelum cuti sekolah. Minggu ini adalah mengerjakan Taman Herba yang boleh dikatakan secara keseluruhannya telah musnah dan rosak akibat serangan siput babi. Memang kena maki jeler siput tu…hehehe

wp-1480403242791.jpg

Fokus kami lebih kepada mengemas kemusnahan yang terjadi dan seterusnya ialah menghapuskan perosak itu. Jika semuanya kembali sihat barulah boleh memulakan proses penanaman semula namun begitu tidak diputuskan lagi nak tanam apa.

wp-1480403232309.jpg

Bahagian paling besar dan paling meriah dengan herba adalah paling teruk mengalami serangan perosak. Hari ini hujan sejak pagi maka apa yang boleh dibuat pun agak terbatas nak pula ada rakan sekerja yang cuti sakit. Tidak mengapa kerana tidak ada apa yang perlu dikejarkan, boleh buat kerja dengan keadaan sesantai yang mungkin.

wp-1480401744144.jpg

Kalau tanam sayur-sayuran boleh juga dapat hasilnyakan. Nanti kita fikirkan sayuran apa yang mudah dijaga dan tak banyak songel. Sebelum ini pernah tanam kangkung dan menjadi juga hasilnya. Tanam cili api boleh jugakan, hasilnya boleh buat tambah perasa masakan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *