Guna Salam Browser Untuk Keselamatan Aktiviti Online.

wp-1478569323430.jpg

Tengok gambar 2 beradik tu tengah posing baik punya sambil tengok tv. Bila dah pasang laptop ke tv kenalah guna internet nak tengok tv online atau seangkatan dengannya. Risau juga bila buka browser terkeluar pula iklan yang tidak patut ditengok oleh anak-anak. Nasib baiklah ada Salam Browser seperti yang dicadangkan oleh OhMedia dalam blog mereka.

salam-browser-ejamothman

Bila OhMedia bagi point penting betapa istimewanya Salam Browser ini buat aku lebih yakin nak gunakan dalam urusan online seharian, mana tidaknya sekarang ini macam-macam yang “tidak halal” dikongsikan secara tidak bertanggungjawab di internet. Iklan di dunia digital ini pun banyak yang memaparkan sesuatu yang tidak kena pada tempat dan situasinya, kalau anak-anak tertengok dan keluar soalan cepu cemas memang pening kepala nak menjawabnya.

salam-browser-bad-ads

Budak punya bijak lain macam sikit kerana semangat ingin tahu mereka sangat tinggi, bayangkan sekejap sahaja aku ke dapur atau masuk bilik mulalah mereka nak sentuh laptop tu. Kalau terklik pautan ke mana-mana lokasi yang tidak sesuai untuk tatapan mereka bukankah itu bahaya, silap hari bulan laptop tu kena serangan virus atau diceroboh secara senyap tanpa kita perasan.

wp-1478570442711.jpg

Fungsi VPN yang ada dalam Salam Browser tu selain dari pelindungan privasi ianya membantu juga dari segi menstabilkan internet agar kita dapat layari internet dengan lancar dan kurang tersekat-sekat.

salam-browser-vpn

Bila tengah syok tengok tv lepastu videonya pula kejap ada kejap takde maka bersedialah dapat soalan dari mereka berdua kenapa sangkut-sangkut ini. Nak diterangkan dengan gaya orang dewasa bukannya faham mereka maka kenalah guna cara lain yang cepat faham dan boleh memuaskan hati mereka dengan jawapan kita. Salam Browser ada fungsi Download video di Youtube, bolehlah tengok dengan aman tanpa buffering.

salam-browser-download-youtube

 

“Motif Salam Browser dicipta adalah untuk menggalakkan kebebasan penggunaan Internet untuk mengembangkan pengetahuan tanpa perlu bimbang tentang ancaman yang boleh menjejaskan kepercayaan dan nilai-nilai agama seseorang. Kami hanya menyediakan alat mudah untuk dapat mengelakkan kandungan yang mungkin menyinggung perasaan atau lebih teruk lagi, – memerangkap mereka”. – Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin –

salam-browser-download

Betul tak apa yang Prof katakan di atas ini? Bila mana kita melayari atau menggunakan internet bersama anak-anak banyak perkara yang perlu kita tapis, Salam Browser menyediakan tapisan itu yang amat kita perlukan. Terima kasih banyak untuk sumbangan ini.

salam-browser-android

Dengar cerita Salam Browser versi aplikasi bagi pengguna peranti berteraskan Android juga sudah ada. Apa tunggu lagi, download dan cubalah segera.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Perghhh….!!! Gambarnya….

    Seksa…. selamat sado he…23x

  2. Khir Khalid says:

    Klu layari internet mcm ni, salam browser mmg sgt2 berguna… mmg selama ni risau bila anak2 layan internet tak dipantau… syukurlah ada browser mcm ni kan 🙂

  3. mantap nih browsernya. mantap…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *