Susah Nak Kunci Pagar Pula Bila Sudah Berjaring.

Hari Sabtu yang lepas aku ada cerita pasal pasang jaring di pagar rumah untuk halang anak anjing dari ceroboh masuk. Lepas siap pasang timbul kesukaran pula ketika hendak mengunci pagar tersebut. 

Nasib baiklah materialnya ialah plastik maka mudah dipotong dengan gunting sahaja. Ada 2 ruangan dibuka untuk memudahkan tangan membuka dan mengunci pagar. 

Biasalah dalam kerja-kerja DIY memang sering terjadi begini, kita rasa pasang betul dah tapi dari aspek lain seperti halangan dan gangguan kita terlepas pandang pada permulaannya. Bila dan jumpa masalah tersebut barulah boleh selesaikan demi kesesuaian yang terbaik.  

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *