Telegraph dari Telegram Messenger.

Pagi ini tengok handphone ada kemaskini pada aplikasi Telegram Messenger, tertulis apa yang ditambahbaik termasuklah pelancaran produk baharu mereka iaitu Telegra.ph. Mengikut apa yang dikongsikan oleh penulis Amanz.my bahawa Telegraph ini lebih menjurus kepada perkhidmatan penulisan, sesuai untuk menulis panjang.

Laman utama Telegraph sangat ringkas dan kelihatan kosong tiada penerangan lanjut apa dan bagaimana kegunaannya. Kelihatan ruangan Title, Your name, Your story dan butang Publish.

telegraph-telegram-02

Aku dah cuba guna Telegraph ini dan ternyata kelihatan seperti menulis blog yang ringkas tidak banyak pilihan pengolahan penulisan disediakan. Boleh masukkan gambar dan pautan (link) dari beberapa laman web. Bila masukkan gambar kelihatan seperti tiada pilihan untuk memilih saiz paparan dan kedudukan gambar tersebut.

telegraph-telegram-03

Nak kongsi link dari Youtube juga boleh, lepas letak pautan akan dipaparkan video tersebut dalam laman web Telegraph dan sedia untuk tekan Play sahaja.

telegraph-telegram-04

Cubaan letak link dari Twitter juga mudah dan jelas paparannya. Secara keseluruhan aku dapat gambarkan Telegraph ini mudah untuk digunakan dan juga berpotensi untuk disalahgunakan. Kenapa mudah disalahgunakan? Mana tidaknya sesiapa pun boleh menulis tanpa perlu mendaftar akaun.

Oh ya lepas tekan butang Publish kita boleh tengok apa yang kita tulis tadi menjadi 1 laman khas dengan link mengikut tajuk yang kita gunakan. Sebagai contoh seperti ini http://telegra.ph/Cuba-Pakai-Telegraph-11-23

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Bahrain says:

    Dah cuba memang menarik dan simple. Update Telegram kadang2x terlampau apa yang kita bayangkan. hahahaha

  2. Amin Hakim says:

    Dah bole jadi platform terbaru untuk blogger nie.. tapi telegraph kena banyakkan fungsi dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *