Kuih Keria Taman Temerloh Jaya Sudah Aku Rasa.

Hari ini aku berjaya juga mencari kedai Kuih Keria Temerloh Jaya yang dah mula diceritakan di dalam group FB Makan-makan Kat Temerloh sejak beberapa hari yang lepas. Ini juga merupakan kesinambungan dari cerita semalam yang mana isteriku dah terbaca post berkaitan maka kenalah dapatkan untuk beliau dan anak-anak pula merasa. Nasib baiklah lokasi mudah jumpa iaitu di tapak barisan Gerai Makan MPT Taman Temerloh Jaya, kedai nombor 7.

Sewaktu aku sampai senarai nama dah agak panjang dan kebetulan waktu itu kuih keria yang ada sudah bertuan. Bagi nama dan jumlah pembelian untuk dicatakan sebagai tanda giliran menunggu. Kuih keria yang sedang digoreng sudah ada jadi tidaklah perlu tunggu lama sangat, bukan 1 kuali sahaja kelihatan ada kuali menggoreng tambahan disediakan sebab nak tampung permintaan.

Aku beli RM5.00 sahaja, harga seketul 50 sen sahaja. Bawa balik untuk orang di rumah merasa. Beli sikit dahulu untuk rasa, kalau sedap bolehlah beli lagi.

Isi dalam kuih keria yang lembut walaupun nampak diluar keras kejung disaluti gula melaka.  Aku rasa kuih keria ini lebih kandungan keledeknya berbanding tepung, sesuai dengan harganya.

Semoga melimpah ruahlah rezeki penjual selepas ini sebab kualiti dan rasanya yang diberikan setanding dengan harga. Sangat dicadangkan orang Temerloh dan berhampiran cuba rasa kuih keria ini, pasti puashati.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. huiyoooo feveret ni. mak aku baut pun sedap hehe

  2. Cik Itah says:

    tengok macam sedap je ..

  3. makin trending pulak kuih keria ni kan.. baguslah..ramai yang tahu dan akan try buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *