2017 Tahun Belajar Fizik.

Alhamdulillah tahun 2017 telah bermula, makanya aku juga bertukar lokasi kerja dari Makmal Sains Tingkatan 1 ke Makmal Fizik. Kedudukan makmal ini juga berada di bangunan lain dan di tingkat atas sekali. Adakah kedudukan tersebut boleh buat aku kurus? Atau paling tidak turun sedikit berat badan hendaknya. 


Dari apa yang kami rakan sekutu gosipkan siapa yang berada di makmal belakang pasti akan “terkena” sindrom kerap lapar dan kerap mengunyah maka kebarangkalian untuk naik berat badan adalah cerah…oh no.


Nasib baiklah ada Cikgu Fizik yang sebaya aku yang muda remaja ini jadi tidaklah kekok dan ya dia seorang Melayu, lagi dua orang cikgu berbangsa Cina.

Minggu depan bakal bermula eksperimen pertama yang dipinta guru Fizik. Aku kena study lebih awal turutan eksperimen dalam buku dan buat rujukan pada rekod permohonan eksperimen tahun lalu. 

Semoga persediaan awal dapat mengurangkan tahap gelabah aku.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.