Dhiyaulhaq Zhafran 5 Tahun.

Alhamdulillah syukur kepada-Nya yang Maha Berkuasa ke atas segalanya. Hari ini 18 Januari genaplah umur Haq 5 tahun. Sudah besar anak Papa dan Mama ini. Teringat lagi saat kelahiran dia yang penuh debaran, saat dalam kandungan lagi pelbagai ujian dan dugaan hadir sama tapi kami bersyukur kerana itulah pengalaman buat kami.

Jika nak cerita pasal anak sulung nama Haq ini memang panjang tapi kalau nak mudah boleh rujuk pada tag haq ini bolehlah baca pelbagai ceritanya.

Sambutan ulangtahun Haq kali ini akan dibuat di sekolahnya yang baru, tidak dapat nak buat hari ini ditunda ke hari Jumaat sebab dah dapat kebenaran dari cikgunya.

Mohon doa dari ahli keluarga, kawan dan kenalan yang membaca blog ini agar mendoakan kebaikan buat anak kami Dhiyaulhaq Zhafran ini agar menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *