Indo Mie – Mi Goreng Perisa Cili Hijau.

Siapa pernah makan Indo Mie Mi Goreng Perisa Cili Hijau ini sila angkat keyboard? Aku baru pertama kali merasanya semalam, itu pun kebetulan ternampak di rak sebuah kedai runcit ketika membeli beberapa barangan. Harga pula tengah promosi lagi hanya RM3.95 (kalau tak promosi RM4.20) sahaja untuk sebungkus yang ada 5 paket kecil di dalamnya. 



Tengok pada gambar mee di bungkusan tersebut kelihatan begitu hijau dan aku jangkakan mee kering dalam bungkusan itu juga hijau sebenarnya tidak…mak kau hijaulah…hehe 

Warna mee kering itu kekal kekuningan sahaja cuma ada tambahan 1 bungkus minyak bertumis cili hijau sebagai aksesori utamanya. Serbuk perisa dan kicap pekat yang disertakan adalah sama seperti mee goreng yang lain.


Inilah hasilnya mi goreng perisa cili hijau tadi. Tidaklah kehijauan sangat tapi rasa pedas cili yang ditumis itu ada. Tahap kepedasan jika diberi dalam skala 5 hanyalah di tahap 3 sahaja. Oklah tidak pedas mana dan boleh dihabiskan sebungkus itu seorang, jangan makan lebih nanti takut berulang ke bilik termenung pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *