Pelan Pascabayar Celcom FIRST Blue 2.0

Sejak melompat telco ke Celcom untuk nombor utama aku yang mana sebelum ini aku hanyalah pengguna prepaid Hotlink sahaja aku merasakan agak puashati sebab kawasan yang aku pergi dalam liputan Celcom terutama bila balik ke Machang Kelantan yang mana sebelum ini liputan Hotlink sangat teruk. Pelan Pascabayar pertama Celcom yang aku gunakan ialah FIRST Basic 38 yang mana bulanan hanya RM38.00 (tidak termasuk GST) untuk 3GB data, 50 minit panggilan dan 50 sms. Yang menariknya tentang pelan ini ialah data yang tidak dipakai boleh dikumpul bawa ke bulan berikutnya tapi jarang sangat dapat bawa ke depan sebab biasanya habis guna sebelum waktunya.

Sekarang aku telah beralih ke pelan Celcom FIRST Blue 2.0 di mana pelan ini ditawarkan kepada pelanggan FIRST Basic 38 sedia ada mereka. Namun begitu langganan hendaklah dibuat melalui panggilan ke talian 1111 sahaja, katanya tidak boleh tukar pelan ini di Celcom Center berhampiran kerana ianya program khas. Pelan dengan nilai serupa di laman web mereka juga tidak sama ciri-cirinya.

Dari apa yang dimaklumkan oleh pegawai khidmat pelanggan mereka ketika perbualan di talian 1111 itu pelan ini bagi 10 GB data tapi dibahagi kepada 2 dengan 5GB setiap bahagian. 5GB untuk hari biasa dan 5GB lagi dikhaskan untuk hujung minggu Sabtu dan Ahad (1.25GB setiap Sabtu dan Ahad). Untuk panggilan pula 50 minit dan 50 sms sama seperti pelan sebelum ini. Apa yang membezakannya ialah data yang berbaki pada bulan sebelumnya tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.

Berkaitan dengan kontrak pula pelan Celcom FIRST Blue 2.0 ini juga tidak terikat dengan kontrak langganan wajib. Pelan ini hanya RM45 setiap bulan tidak termasuk GST.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. puanbee says:

    boleh ke nak tukar dari umobile ke celcom ?

    • Ejam Othman says:

      boleh sangat cuma kalau pakej first blue 2.0 ni jeler lain sikit apa yang ditawarkan pada umum dan apa yang ditawarkan kepada pelanggan sedia ada.

  2. mohd sofian says:

    Pakej First Blue 2.o nie RM45 setiap bulan…. ada yg pernah dikenakan caj lebih tak?

    • Ejam Othman says:

      kalau lebih pakai had panggilan dan sms percuma tu memang akan kena caj tambahan.
      setakat ini yg percuma tu pun tak habis pakai sebab jarang call atau sms.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *