Beli Kain Online di Laila Textile.

Selama ini aku selalu ikuti Facebook Laila Fabrika yang merupakan pemborong kain yang rajin mengiklankan produk jualan mereka di FB. Dari apa yang aku tengok ada juga artis dapatkan bekalan kain dari mereka untuk dibuat pelbagai pakaian dan tudung, pengusaha jenama fesyen selain artis pun ada juga kot dapatkan bekalan dari mereka. 

Disebabkan ada permintaan dari pengguna FB yang ingin dapatkan kain mereka dengan kuantiti sedikit atau pendek kata nak beli potong ikut meter maka wujudlah laman web Laila Textile yang khusus kepada jualan kain potong ikut meter yang pelanggan inginkan.

Pembelian pertama aku dari Laila Textile dibuat tengah hari semalam dan hari ini telah sampai dengan selamatnya kain tersebut. Ini merupakan pembelian nak cuba rasa jenis kain yang dijual oleh mereka sebelum buat pembelian kain untuk dibuat baju raya kami sekeluarga. Cadangnya nak jahit sendiri baju anak-anak dan baju aku namun begitu baju Puan Isteri kenalah tempah dari tukang jahit lain sebab suaminya ini belum khatam lagi menjahit baju wanita. 

Kain yang aku beli ini adalah jenis Poly Cotton di mana kandungannya terdiri daripada 80% Polyester dan 20% CottonPada mulanya aku tidak dapat gambarkan bagaimana agaknya jenis kain ini namun selepas selongkar post di FB mereka barulah aku dapat gambaran rupa dan kegunaan kain jenis ini. 

Sebaik sahaja terima bungkusan kain ini dan rasa sendiri kainnya barulah puashati dengan keputusan yang aku buat ketika membeli semalam. Ternyata kainnya lembut dan sejuk sahaja rasanya, kemasan pada kain juga cantik.

Nanti dah jadi pakaian aku kongsi gambar hasilnya di blog ini ya, sementara itu biarlah rahsia. 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. nor hazmira says:

    Wow.. jahit baju sendiri dan.anak2.. saya kagum dari jauh..

    • Ejam Othman says:

      masih dalam proses menuntut ilmu lagi, jahit untuk keluarga sendiri dulu untuk tambah baik kaedah dan kekemasan menjahit sebelum berani nak jahit baju orang lain pula…hehe

  2. saps says:

    abtara kepuasan beli online ni saat kita buka bungkusan pos tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *