Baru Tahu Ada Gout.

Semalam baru aku tahu bahawa diri ini ada penyakit gout apabila simptom awal iaitu bengkak pada ibu jari kaki hingga tahap berdenyut yang amat sangat dan mula kelihatan merah mula menunjukkan diri. 

Selepas selesai hantar isteriku untuk ke kursus terus aku menuju ke klinik kesihatan untuk jumpa doktor. Pemeriksaan fizikal doktor syak macam gout sebab ciri-cirinya persis amat apalagi terus kena pergi ambil darah untuk pengesahan bacaan asid urik dalam darah.


Keputusan darah keluar pada sebelah petang, kena datang semula untuk teruskan rawatan. Dari keputusan makmal memang kadar asid urik lebih tinggi dari paras biasa. 


Doktor bagi 2 ubat ini dan beliau sarankan kawal pemakanan dan mula jauhi segala punca kepada masalah gout. Maka dengan ini kenalah mula diet, hilanglah nikmat sedap dalam makanan yang selama ini tidar sedar diri main makan ikut suka sahaja.

Semoga aku mampu kawal diri untuk terus jaga kesihatan demi insan-insan yang tersayang.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *