Hanya Mampu Bertahan Setahun Enam Bulan Sahaja.

Pagi Selasa dimulakan dengan kejadian bateri kereta kong sebaik sahaja sampai ke tempat kerja. Sebelum itu aku ada perasan sedikit kelainan bunyi ketika cuba hidup dan matikan enjin beberapa kali dan sudahnya terus tidak boleh dihidupkan lagi. Lagi satu hal yang menjadi petanda bateri kong ialah bacaan “range” pada meter berubah-ubah dari ketika mula berjalan 130km kepada 66km secara tiba-tiba walhal jarak perjalanan tidak sampai 20km pun ketika menghantar anak-anak ke rumah pengasuh pagi tadi. 


Waktu kejadian kedai belum ada yang dibuka lagi tapi teringat jadual operasi Pusat Servis Perodua Mentakab yang mula jam 8.30 pagi, minta bantuan rakan sekerja tolong hantarkan ke pusat servis tersebut untuk beli bateri baru dan minta mereka pasangkan sekali di lokasi kejadian. 


Alhamdulillah semua dah selesai, pagi hari sudah melayang RM200 lebih hanya untuk bateri. 

Syukur jugalah sebenarnya kejadian ini terjadi ketika anak-anak tidak ada dalam kereta dan tidak terjadi waktu kami dalam perjalanan balik dari Melaka malam Ahad yang lepas. Segalanya adalah ketetapan dan ianya juga rezeki dipermudahkan segala urusan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Bahrain says:

    batery tahan dalam setahun lebih je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *