Kehadiran Webe Broadband Tidak Disedari Ramai.

Semalam aku ada kongsikan tentang percubaan Webe Broadband bagi menggantikan YES dan ada beberapa kenalan tidak mengetahui akan kewujudan Webe Broadband ini dan yang mereka tahu hanya ada 1 Webe sahaja yang bayar mahal tapi tak boleh buat hotspot (dikenakan caj tambahan jika ingin guna).

Webe Broadband ini kadar langganan bulanannya hanyalah RM59.00 (tidak termasuk GST) sahaja dan boleh dikongsi melalui tetapan hotspot. Nampak murah sebab kuotanya terhad iaitu hanya 10GB sahaja namun untuk tempoh promosi ini dapat percuma lagi 20GB dan menjadikan keseluruhan kuota 30GB sebulan. Tempoh promosi tidak dapat dipastikan sampai bila, jika tamat tempoh promosi tersebut kembalilah kuota terhad 10GB yang asal.

Webe Broadband juga tidak terlepas dari sekatan iaitu hanya boleh digunakan pada peranti seperti tablet atau modem 3G/4G yang tertentu sahaja. Boleh rujuk laman web mereka untuk senarai peranti yang dibenarkan. Aku sendiri telah cuba masukkan simkad webe broadband di dalam telefon Redmi Note 3 aku dan ternyata benar tidak boleh digunakan langsung data yang ada. Terpaksalah aku beli modem khas untuk membolehkan perkongsian data melalui hotspot dapat dibuat dan digunapakai oleh kami di rumah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. puanbee says:

    salam ejam , bee guna maxis fiber sekarang .. laju berdesup , untuk handphone bee guna u mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *