Mari Cuba Webe Broadband di Mentakab Pahang.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk cuba Webe Broadband di rumah bagi menggantikan perkhidmatan YES yang semakin teruk dan perlahan internetnya. Tempoh percubaan Webe ini  dalam sebulan sebelum aku tamatkan langganan YES aku itu.

Kalau ikut tempoh sepatutnya sudah tamat kontrak wajib langganan 2 tahun. Prosedur menamatkan langganan aku tidak pasti betapa sukarnya lagi sebab aku pernah baca dan dengar keluhan dari bekas pengguna YES memang mengecewakan sekali kalau bab nak tamatkan langganan.

Biar aku alaminya sendiri dan aku kongsikan semula di blog ini semula. Oh ya pakej YES yang aku langgan iaitu Yes Zoom Fiz Pahang sudah ditamatkan tawarannya sebaik sahaja mereka kemaskini pakej terbaru.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *