Masalah Perodua Axia Aku Sangat Misteri.

Hari ini secara rasminya aku menyerahkan Perodua Axia aku yang bermasalah kepada Pusat Servis Perodua Mentakab untuk diuruskan hal-hal mencari penyelesaian dan memulihkan masalah tersebut sebaik mungkin oleh pihak Perodua sendiri. 

Pada Jumaat lepas (10 Mac 2017) pihak pusat servis memanggil aku untuk hantar kereta bagi pemeriksaan oleh wakil Perodua sendiri. Setelah diperiksa masalah tidak dapat dikenalpasti dengan jelas lalu mereka mencadangkan kereta Perodua Axia bermasalah itu dibawa ke Perodua untuk pemeriksaan lanjut. Nak ambil kereta kenalah bagi kereta ganti sementara agar tidak menyusahkan pengguna sepanjang ketiadaan kenderaan tersebut. Aku diminta serahkan salinan IC dan Lesen Memandu untuk pihak pusat servis memohon kereta sementara dari cawangan Kuantan.

Semalam aku dihubungi dan mereka beritahu kereta sementara sudah sampai dan bolehlah ambil serta serahkan kereta Axia aku itu. Aku janji pagi ini untuk selesaikan segala urusan berkaitan sebab esok dijangka Perodua akan ambil kereta untuk dibawa ke kilang. 

Perodua Myvi diberikan sebagai ganti, penggunaan sampai dimaklumkan kereta Axia aku sudah boleh digunakan tanpa masalah lagi.

Tengok gaya surat itu seperti lanjutan tarikh hanya akan diberikan secara berperingkat. Jangkaan untuk penyelesaian memakan masa 1 bulan hingga 2 bulan, kalau cepat siap cepatlah mereka hubungi aku semula.

Memandu Myvi ini mengimbau kenangan zaman bercinta dengan isteri yang mana perkenalan kami adalah melalui kelab kereta Perodua Myvi. Agak kekok juga pandu myvi ini tapi gagahkan juga, kereta ini akan jadi kegunaan harian isteriku untuk pergi dan balik kerja.

Semoga selamat dipandu dan digunakan kereta pinjam tersebut, amin.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. 18/04/2017

    […] dari Pusat Servis Perodua Mentakab yang mana mereka maklumkan enjin baharu untuk digantikan dengan enjin lama yang bermasalah telahpun tiba dan mereka minta aku hadirkan diri untuk tandatangan dokumen. Aku maklumkan hari ini […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *