Petron Sudah Mula Guna Pin dan Bayar.

Hari Selasa yang lepas kami singgah ke stesen minyak kegemaran kami iaitu Petron untuk isi petrol macam biasa tapi kebetulan waktu itu tunai tidak banyak dan nak guna kad kredit. Namun begitu baru kami perasan penggunaan kad kredit dan kad debit mestilah dimasukkan nombor pin sebagai langkah pengesahan dan keselamatan sebelum pengisian petrol boleh dibuat.


Panik juga sebab kami tidak pernah setkan sebarang pin untuk kad kredit masing-masing jadi tidak tahu bagaimana nak guna, sudahnya gunakan tunai yang ada untuk isi petrol. 

Pagi tadi aku cuba isi petrol dengan kad kredit CIMB Bank di Petron, sebelum itu aku ke mesin atm dulu untuk semak apakah nombor pin bagi kad kredit aku dan setelah selongkar menu yang ada aku cuba masuk dengan pin yang sama dengan kad atm aku dan ternyata sukses. Jadi sudah tahu nombor pin tersebut. 


Keluar dari bank terus cuba isi petrol guna kad kredit tersebut, Alhamdulillah sudah boleh guna. 

Cuba tengok gambar skrin yang aku ambil ini, nilai pra-kelulusan RM200 yang biasa dicaj oleh petrol pam bagi setiap transaksi boleh diubah nilainya dengan menekan butang pilihan PRESET agar nilai RM200 tidak “hilang” dari akaun bank anda.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Haah, Shell pun dah start guna pin. Nasib baik ingat juga pin no kad tu sebab suami yang punya.hee

    • Ejam Othman says:

      Secara berperingkat nampaknya pelaksanaan sistem ini, rasa lebih selamat kalau kad kredit hilang tiadalah pihak yang boleh guna isi minyak sesuka hati lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *