Aqil, Donut, dan Ayam Goreng.

Ini kisah pergi pasar malam petang semalam selepas ambil anak-anak balik dari rumah Ustaz (ini panggilan untuk rumah transit mereka). Dalam perjalanan sebelum sampai ke lokasi dah pastikan pilihan untuk mereka adalah hanya ayam goreng dan “donut” sahaja tiada beli air ataupun mainan. 

Syukurlah sebaik sahaja selesai mereka benar-benar berpegang pada perjanjian asal. Nak dijadikan cerita ketika membeli di beberapa penjual Aqil boleh pula bersikap ramah tamahnya dengan penjual mahupun orang sekeliling. 

Sampai ke meja jual ayam goreng yang bersebelahan dengan meja jual pelbagai air sejuk Aqil memulakan keramahannya dengan menegur pakcik jual air katanya nak beli ayam goreng. Pakcik tu tanya balik, taknak beli air pakcik ker nasib baiklah Aqil tak jawab soalan itu. 

Bila dia menghampiri meja ayam goreng tadi dia bercakap pula “Aqil nak beli donut”, apalagi cepat-cepatlah bagitau sini jual ayam goreng mana ada donut. Selesai beli ayam goreng barulah ke meja penjual “donut” pula. 

Aqil jalan dulu jadi dia beberapa tapak ke hadapan dan sampai saja depan meja tu dia terus cakap “nak beli donut satu”, aduyai tak sempat Papa nak order dia dah cakap dulu. Apalagi tergelak kecil Makcik dan anak dara dia bila ada orang nak beli “donut” tu satu jer. Bagi RM5 pada Aqil biar dia bayarkan dan bawa “donut” tu ke kereta.

Keramahan anak-anak memang membuatkan ibu bapa gembira namun ada situasinya boleh merah padam muka kami dibuatnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *