Bye Bye YES.

Semalam iaitu hari Ahad kami dalam perjalanan pulang ke sarang selepas bercuti di Kelantan singgah sebentar di East Coast Mall Kuantan untuk ke kedai YES yang menyediakan perkhidmatan penamatan akaun. Terletak di aras 3 mudah dijumpai lokasinya, orang pun tak ramai di kedai tu cuma parking sahaja yang penuh.


Seperti apa yang dimaklumkan pekerja di kedai YES tersebut akaun akan ditamatkan dalam tempoh 24 jam. Waktu urusan selesai sekitar jam 2.30 petang dan kami sampai ke rumah sekitar jam 7 malam dan ternyata benar modem YES sudah tidak berfungsi yang mana itu penunjuk awal akaun sudah tamat. Aku buat pemeriksaan lain iaitu log masuk ke Apps myYes4G di smartphone dan ternyata gagal log masuk.

Semoga penamatan akaun YES ini memberikan lebih sinar dalam akaun bank aku… #eh.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *