Kursus Penghasilan Pola Baju Korporat di Kolej Komuniti Temerloh.

Hari Ahad yang lepas berjaya juga aku turut serta ke kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Temerloh, kali ini aku ikuti Kursus Penghasilan Pola Baju Korporat. Dari jam 8 pagi hingga 5 petang dapat siapkan pola yang diajar oleh cikgu-cikgu yang bertugas. Ada beberapa teknik yang aku baru belajar sebab kali ini baju perempuan dijadikan contoh, aku tak pernah lagi buat pola baju perempuan dan inilah pertama kalinya.

Sambil mendengar penerangan sambil diajar melukis pola berdasarkan kepada jadual saiz yang disediakan. Langkah demi langkah yang teratur mudah sangat nak faham macam mana pola tersebut dihasilkan. Sistem nombor yang digunakan bagi aku sangat membantu pemahaman pelajar tentang hubungkait ukuran yang diperlukan dan yang akan dibentuk di atas pola.

Gigih abang kidal kau ni melukis pola baju korporat, pada 13 dan 14 Mei nanti kelas menjahit untuk baju korporat pula dan aku nak kena siapkan pola ikut ukuran aku pula sebelum tarikh kelas menjahit tersebut sebab nak buat baju sendiri nanti.

Habis kelas agenda wajib ialah ambil gambar kenang-kenangan dan ianya juga untuk mengisi laporan pihak penganjur. Kredit kepada pemilik gambar dalam entri ini ialah Facebook Kolej Komuniti Temerloh.

Sudah ada beberapa kursus aku daftar, ada yang telah dan akan diadakan. Diharapkan tiadalah halangan pada tarikh-tarikh tersebut untuk aku menuntut ilmu ini, InsyaAllah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. reezluv says:

    wow..boleh jahit baju korporat pasni

  2. yanmie says:

    wahh bestnya ej, teringin nak belajar menjahit, jahit yang simple2 pun takpe tapi tulah masa takde, anak-anak masih kecik tak boleh nak tinggal 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *